PANTAI
Pantai dianggap sebagai lokasi romantik. Saat mendengar bunyi deruan ombak yang menghempas pantai, melihat matahari yang terbenam di ufuk timur akan membangkitkan satu nostalgia di hati pasangan. Lebih indah lagi jika anda bersama suami atau isteri berpegangan tangan berlalu di gigi air dan banyak lagi perkara menarik boleh anda lakukan di sini.
KONSERT
Tidak salah untuk membawa pasangan ke konsert jika dia meminati muzik. Hubungan anda dan dirinya akan lebih erat kerana dia beranggapan anda mengetahui minat dan kesukaannya. Hargailah isteri/suami anda dengan menghormati minat dan kegemarannya.
TAMAN REKREASI
Selalunya taman rekreasi adalah tempat untuk kanak-kanak bermian. Siapa kata ia tidak sesuai untuk orang dewasa? Membawa pasangan ke taman rekreasi sambil memerhatikan kanak-kanak bermain membayangkan bahawa anda juga mahukan anak suatu hari nanti.
Sudah pasti akan menimbulkan suasana ceria dihati anda dan pasangan.
BERKELAH DI AIR TERJUN
Suatu lagi yang boleh menjadi pilihan anda ialah pergi berkelah. Menikmati suasana di air terjun, merasai sejuknya air tatkala anda berendam adalah suasana yang sangat menarik dan mampu diingati oleh setiap pasangan.
PUSAT MEMBELI BELAH
Ini mungkin tempat pertemuan biasa tapi ramai wanita menyukainya kerana selain mencuci mata, wanita memang suka membeli- belah. Bagi si suami, luangkanlah masa untuk menemani isteri menjamu mata. Sekali sekala, sediakan wang belanja untuk membeli apa yang disukai oleh isteri sebagai tanda menghargainya. Bagi si isteri pula, janganlah selalu suka membeli belah. Fahamilah situasi suami anda. Jika terlalu kerap, mungkin suami anda serik untuk ke Pusat Membeli Belah.
Sumber : Majalah Wanita
Wednesday, June 29, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment