Thursday, October 12, 2017

Social Story


Assalamualaikum & Salam Sejahtera...

Hari ni nak cerita sedikit tentang Social story untuk anak syurga saya Mu'az. Al-kisah Umi terpaksa berkhemah selama 4 hari 3 malam di Padi Box, Sekinchan. Abahnya mestilah susah hati sebab nak menjaga Mu'az seorang diri perlukan mental dan fizikal yang mantappppp.... hihihihihii...

Jadi Umi create satu social story berkaitan Umi kerja jauh. Seminggu sebelum berjauhan, kami bacakan Mu'az hari2 social story ni.....dan alhamdulillah Mu'az faham dan boleh terima satu per satu... Semasa tinggalkan dia dan bercakap dalam telefon Mu'az tak nangis atau ngamuk (rengek sikit2 aje...) Terimaaaa Kasih kepada cikgu2 di Permata Kurnia yang banyak membantu Mu'az dan perkenalkan social story ni..(anak autisme)......... Saya sharekan social story (Umi Kerja Jauh)....
cerita muaz by nurhuzaifah on Scribd

Thursday, April 7, 2016

KeMbaLi LaGi....


Setelah beberapa tahun menjadi seorang isteri dan seorang ibu yang bekerja, blog yang tidak seberapa ini dibiarkan sepi. Hari ini boleh log in semula dan melihat keadaan sekeliling blog.. hihihihi... Betapa sibuknya seorang isteri, seorang ibu dan seorang anak yang menguruskan hal rumahtangga hingga berada dalam dunia yang tersendiri.. Jadi seorang isteri yang bekerja semestinya memenatkan tapi itulah tanggangjawab kita di muka bumi ni kan... ermmm..   

Alhamdulillah diberikan seorang suami yang baik dan sangat memahami. Suami yang sanggup sama-sama menjaga ibu saya yang sakit stroke. Dia sanggup mengangkat ibu mentuanya...yang sanggup cuti kerap untuk membawa mentuanya ke hospital.. sanggup menggunakan wang saku sendiri untuk membantu membeli keperluan mentuanya... Saya sangat bertuah dan bersyukur. T.kasih Allah s.w.t... Begitu juga saya, insyaallah saya akan tetap berbaki kepada ibu dan ibu mentua saya. Sebagai mana suami tidak berkira dengan ibu saya, begitu juga saya. Saya  menjaga ibu mentua saya seperti saya menjaga ibu saya. Apa yang saya belikan untuk ibu saya, pasti ibu mentua juga saya belikan. 

Kadang-kadang terdengar rakan mengomel atau mengadu mengenai ibu mertua masing-masing. Entahhlah.....saya dan ibu mertua tiada masalah. Ibu mertua kadang2 memanglah membebel dan menegur itu ini. Tapi kita usahlah melawan. Kita dengar dan tadah jelah.. Mcm ibu kita juga. Bukankah ibu kita juga membebel. Hormati dia dan dengar nasihat dia. Insyallah tiada masalah pergaduhan.  

Cara ambil hati orang tua ni mudah je.. Tak kisah lah org tua sendiri atau mentua kita. Chewaahhh... Antaranya :

1. JANGAN lawan cakap mereka. Dengar dan angguk je apa yg diperkatakan walau tak setuju. (Esok lusa jumpa balik & berikan alasan kenapa kita tidak buat seperti yg dia mahukan)
2. MEMUJI. Puji lah sikit diorang ni. Puji masakan, puji pakaian, puji rumah, puji kebaikan diorang. Bila dah kena puji mesti kembang2 idung tu.. hihihi.. 
3. BELANJA. Bawa mereka pergi makan. Jgn kedekut. Kedai mamak pun ok. Bukan diorang nak makan sangat org tua ni...cuma bila kita ajak pergi makan akn membuat mereka berasa kita hargai mereka. 
4. HULUR kan sedikit belanja. Duit belanja mmg kita bagi tapi apa salahnya jika berjumpa mereka tu hulurkan sedikit duit RM20 atau RM30. Klu ditolak, berikan juga. Insyaallah dalam hati mereka suka kita buat begitu. Doa akan diorang kirimkan utk kita. 
5. BERJALAN-JALAN. Jgn rasa mereka tak nak ikut kita pergi pasar raya  tau ke mana-mana. Nak ikut atau x ikut lain cerita. Yang penting kita ajak.... mesti ajak. Jgn dah pergi balik baru cerita. Kecil hati dorang. 

Tuesday, December 16, 2014

YANG SUDAH TU SUDAH


 Assalamualaikum... Saya tertarik dengan status ini yang di share di laman FB seorang kawan. Saya juga ada melakukan perkara-perkara seperti yang diperkatakan. Semoga kita beroleh menfaat drpd tulisan ini... Sharing is caring....

Di sini brmulanya perubhn.......

Tanpa kita sedari media2 sosial yg ada hari ini berjaya meninggalkan kesan negatif dlm diri kita kian hari..



Dulu-dulu, mak ayah selalu pesan..kalau ada barang baru, jgn tunjuk depan kawan, nanti kawan sedih nak beli dan mungkin mak ayahnya x mampu.
Kalau makanan ada sedikit, jgn makan depan kawan nnti dia terliur.... betapa indah pembentukan akhlak anak2 ketika itu kerana apa jua yang dibuat perlu ada sikap memikirkan untuk tidak mengguris hati org lain.


Tapi kini, tanpa kita sedari, melalui fb dan laman2 sosial lain, kita menjadi terbiasa untuk menunjuk2 atas kata2 'share'..beli barang baru, upload gambar.. sebelum makan, upload gambar.. perah susu banyak2, upload gambar...dapat komisen, elaun or gaji lebih, upload gmbr cek, slip gaji, slip bank, .. anak dapat result exam bagus, upload gambar buku penyata anak, mmm..dan banyak dan banyak lagi yg tujuannya untuk share kegembiraan, kemenangan, dll tp realitinya tanpa kita sedar dan mungkin kita x ambil peduli ada antara yang lihat gambar makanan yg kita uploaad mungkin dah beberapa hari tak makan, ada yang tengok gambar slip gaji kita di kalangan mereka yang baru diberhentikan kerja..ada yang tengok penyata anak kita di kalangan ibu bapa yg dikurniakan anak yang lembam..ada yang tengok gambar susu perahan kita mungkin di kalangan ibu yang mempunyai penyakit tak dapat hasilkan susu, dan banyak lagi.

Maka :-
"Sembunyikanlah kegembiraan kita, kerna mungkin ada yang sedang berduka"..
"Sembunyikanlah kekayaan kita kerna mungkin ada yang papa kedana"..
"Sembunyikanlah kesihatan kita kerna mungkin ada yang sedang sakit"..
"Sembunyikanlah kejayaan kita kerna mungkin ada yang merana."..

Sesungguhnya, perbuatan merendah diri dan tidak suka menunjuk-nunjuk itu amalan yang mulia.

Yang sudah tu sudah...
Yok, sama2 kita berusaha ke arah itu.

Jadikan group ini medan perkongsian ilmu..
Jadikan group ini medan tazkirah..
Jadikan group ini medan maklumat..
Jadikan group ini medan yang boleh memajukan ummah..

Kerana bila kita meninggal nnti ilmu yg kita sampaikan itulah yg bermanfaat utk kita, bukan apa yg ada yg kita tunjuk2kan itu.
Semoga usaha kita yang sedikit Allah pandang dan diberi ganjaran pahala utk bekalan akhirat nanti.

Aamiin....

Monday, October 17, 2011

Darjat seorang isteri



1. Isteri Siddiqin
Isteri yang tidak akan meminta apa-ap...a dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.

2. Isteri Muqarrobin
Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namaun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.

3. Isteri Solehin
Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.

4. Isteri Fasik
Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah, sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami, apatah lagi dengan Tuhan.

Semoga Allah menyatukan hati-hati kita, menjadikan kita saling mencintai karena Dia; sebagaimana dalam hadits yang diriwayatkan oleh Tirmidzi Rasululllah saw bersabda:

"Di sekitar Arsy ada menara-menara dari cahaya. Di dalamnya ada orang-orang yang pakaiannya dari cahaya dan wajah-wajah mereka bercahaya. Mereka bukan para nabi atau syuhada'. Para nabi dan syuhada' iri kepada mereka. Ketika ditanya para shahabat, Rasulullah menjawab, "Mereka adalah orang-orang yang saling mencintai karena Allah, saling bersahabat kerana Allah dan saling kunjung mengunjungi kerana Allah..

KEMULIAAN IBU MENGANDUNG DALAM ISLAM



1. Dua rakaat solat wanita yang ha...mil lebih baik dari 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

2. Wanita yang hamil dapat pahala puasa disiang hari & pahala ibadat dimalam hari.

3. Wanita yang bersalin dapat pahala 70 thn solat & puasa serta setiap kesakitan pada satu uratnya, Allah bagi satu pahala haji.

4. Sekiranya wanita meninggal dunia dalam masa 40 hari selepas bersalin ia dikira sebagai mati syahid. ...

5. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya akan dapat 1 pahala daripada tiap titik susu yang diberikannya.

6. Wanita yang beri minum susu badannya kepad anaknya yang menangis maka Allah beri pahala satu tahun pahala solat & puasa.

7. Kalau wanita menyusui anaknya hingga cukup tempoh 2 setengah tahun, maka malaikat dilangit khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

8. Seorang ibu yang menghabiskan masa malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit dapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

9. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan di ampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya & bila dia hiburkan hati anaknya Allah beri 12 tahun pahala ibadat

Wednesday, June 29, 2011

LIMA LOKASI PERTEMUAN ROMANTIS


PANTAI

Pantai dianggap sebagai lokasi romantik. Saat mendengar bunyi deruan ombak yang menghempas pantai, melihat matahari yang terbenam di ufuk timur akan membangkitkan satu nostalgia di hati pasangan. Lebih indah lagi jika anda bersama suami atau isteri berpegangan tangan berlalu di gigi air dan banyak lagi perkara menarik boleh anda lakukan di sini.

KONSERT

Tidak salah untuk membawa pasangan ke konsert jika dia meminati muzik. Hubungan anda dan dirinya akan lebih erat kerana dia beranggapan anda mengetahui minat dan kesukaannya. Hargailah isteri/suami anda dengan menghormati minat dan kegemarannya.

TAMAN REKREASI

Selalunya taman rekreasi adalah tempat untuk kanak-kanak bermian. Siapa kata ia tidak sesuai untuk orang dewasa? Membawa pasangan ke taman rekreasi sambil memerhatikan kanak-kanak bermain membayangkan bahawa anda juga mahukan anak suatu hari nanti.
Sudah pasti akan menimbulkan suasana ceria dihati anda dan pasangan.

BERKELAH DI AIR TERJUN

Suatu lagi yang boleh menjadi pilihan anda ialah pergi berkelah. Menikmati suasana di air terjun, merasai sejuknya air tatkala anda berendam adalah suasana yang sangat menarik dan mampu diingati oleh setiap pasangan.

PUSAT MEMBELI BELAH

Ini mungkin tempat pertemuan biasa tapi ramai wanita menyukainya kerana selain mencuci mata, wanita memang suka membeli- belah. Bagi si suami, luangkanlah masa untuk menemani isteri menjamu mata. Sekali sekala, sediakan wang belanja untuk membeli apa yang disukai oleh isteri sebagai tanda menghargainya. Bagi si isteri pula, janganlah selalu suka membeli belah. Fahamilah situasi suami anda. Jika terlalu kerap, mungkin suami anda serik untuk ke Pusat Membeli Belah.


Sumber : Majalah Wanita

Friday, April 29, 2011

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun??




Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya H...awa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa.
Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya. Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua.
Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut. Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.
Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang .....

Sunday, January 2, 2011

PEREMPUAN



Tercipta untuk menemani adam
Ketika duka atau suka
Bukan untuk jadi boneka

Perempuan yang tercipta
Dengan keindahan dan kecantikkan
Bukan paras jadi ukuran
Di dalam hati dinilai

mengapa perempuan itu
kau persalahkan
sedangkan perempuan itu
mesti kau didik dan dibelai

Mengapa perempuan itu dipersalahkan
Sekiranya engkau sendiri gagal
Dia perempuan
Kekasih,teman,

Isteri dan ibu
Penuh kelembutan
Penuh keibuan
Pandulah dia perempuan
Kerana engkaulah pemimpin


http://www.pengantin.com.my/v1/component/content/article/12-pantun-kahwin-cinta-melayu

Wednesday, September 8, 2010

Ketika Allah Memilihmu Untukku..



Padamu yang Allah pilihkan dalam hidupku..
Ingin ku beri tahu padamu..
Aku hidup dan besar dari keluarga bahagia..
Orang tua yg begitu sempurna..
Dengan cinta yg begitu membuncah..
Aku dibesarkan dgn limpahan kasih yang tak terhingga..
Maka, padamu ku katakan..
Saat Allah memilihmu dalam hidupku,
Maka saat itu Dia berharap, kau pun sanggup melimpahkan cinta padaku..
Memperlakukanku dgn sayang yang begitu indah..

Padamu yang Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, aku hanya wanita biasa dengan begitu banyak kekurangan dalam diriku,
Aku bukanlah wanita sempurna, seperti yang mungkin kau harapkan..
Maka, ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Dia ingin menyempurnakan kekuranganku dgn keberadaanmu.
Dan aku tahu, Kaupun bukanlah laki-laki yang sempurna..
Dan ku berharap ketidaksempurnaanku mampu menyempurnakan dirimu..
Karena kelak kita akan satu..
Aibmu adalah aibku, dan indahmu adalah indahku,
Kau dan aku akan menjadi 'kita'..

Padamu yg Allah pilihkan untukku..
Ketahuilah, sejak kecil Allah telah menempa diriku dgn ilmu dan tarbiyah,
Membentukku menjadi wanita yg mencintai Rabbnya..
Maka ketika Dia memilihmu untukku,
Maka saat itu, Allah mengetahui bahwa kaupun telah menempa dirimu dgn ilmuNya.. Maka gandeng tanganku dalam mengibarkan panji-panji dakwah dalam hidup kita..
Itulah visi pernikahan kita..
Ibadah pada-Nya ta'ala..

Padamu yg Allah tetapkan sebagai nahkodaku..
Ingatlah.. Aku adalah mahlukNya dari tulang rusuk yang paling bengkok..
Ada kalanya aku akan begitu membuatmu marah..
Maka, ketahuilah.. Saat itu Dia menghendaki kau menasihatiku dengan hikmah,
Sungguh hatiku tetaplah wanita yg lemah pada kelembutan..
Namun jangan kau coba meluruskanku, karena aku akan patah..
Tapi jangan pula membiarkanku begitu saja, karena akan selamanya aku salah..
Namun tatap mataku, tersenyumlah..
Tenangkan aku dgn genggaman tanganmu..
Dan nasihati aku dgn bijak dan hikmah..
Niscaya, kau akan menemukanku tersungkur menangis di pangkuanmu..
Maka ketika itu, kau kembali memiliki hatiku..

Padamu yang Allah tetapkan sebagai atap hunianku..
Ketahuilah, ketika ijab atas namaku telah kau lontarkan..
Maka dimataku kau adalah yang terindah,
Kata2mu adalah titah untukku,
Selama tak bermaksiat pada Allah, akan ku penuhi semua perintahmu..
Maka kalau kau berkenan ku meminta..
Jadilah hunian yg indah, yang kokoh…
Yang mampu membuatku dan anak-anak kita nyaman dan aman di dalamnya..

Padamu yang Allah pilih menjadi penopang hidupku…
Dalam istana kecil kita akan hadir buah hati-buah hati kita..
Maka didiklah mereka menjadi generasi yg dirindukan syurga..
Yang di pundaknya akan diisi dgn amanah-amanah dakwah,
Yang ruh dan jiwanya selalu merindukan jihad..
Yang darahnya mengalir darah syuhada..
Dan ku yakin dari tanganmu yg penuh berkah, kau mampu membentuk mereka..
Dengan hatimu yg penuh cinta, kau mampu merengkuh hati mereka..
Dan aku akan selalu jatuh cinta padamu..

Padamu yang Allah pilih sebagai imamku…
Ku memohon padamu.. Ridholah padaku,
Sungguh Ridhomu adalah Ridho Ilahi Rabbi..
Mudahkanlah jalanku ke Surga-Nya..
Karena bagiku kau adalah kunci Surgaku..

-----@***@-----

( Oleh Aztriana 180610/ 01'50 Makassar.. ^_^v ) ~~petikan daripada fb~~

Jika Isteri Menangis Dihadapanmu



Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu. Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

~Artikel ini diambil dari post seorang rakan di fb~

♥Kenapa ALLAH temukan kita dengan org yang salah ♥



Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja... tapi,itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang.

1. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.

3. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.

8. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

~ALLAH knows BESt!~♥

~Diambil dari sebuah artikel~

Monday, August 2, 2010

Pantun Bercinta



Nasi lemak buah bidara
Sayang selasih hamba lurutkan
Hilang emak hilang saudara
Kerana kasih hamba turutkan

Pasir putih di pinggir kali
Pekan menyabung ayam berlaga
Kasih tak boleh dijual beli
Bukannya benda buat berniaga

Petik sayur si daun maman
Makan berulam daun pegaga
Habis tahun berganti zaman
Kasih adinda kunanti jua

Hijau nampaknya Bukit Barisan
Puncak Tanggamus dengan Singgalang
Terbang nyawa dari badan
Kasih di hati takkan hilang

Indra Giri pasirnya lumat
Kerang bercampur dengan lokan
Ibarat Nabi kasihkan umat
Begitu saya kasihkan tuan

Bunga Melati terapung-apung
Bunga rampai di dalam puan
Rindu hati tidak tertanggung
Bilakah dapat berjumpa tuan?

Burung merbuk membuat sarang
Anak enggang meniti di paya
Tembaga buruk di mata orang
Intan berkarang di hati saya

Kalau roboh kota Melaka
Sayang selasih di dalam puan
Kalau sungguh bagai dikata
Rasa nak mati di pangkuan tuan

Kalau roboh Kota Melaka
Papan di Jawa saya dirikan
Kalau sungguh bagai dikata
Badan nyawa saya serahkan

Anak campuran Cina-Melaka
Pulang ke rumah di Bukit Pekan
Andai kena dengan cara
Nyawa dan badan saya berikan

Anak ruan tidak terluang
Benang sutera di dalam buluh
Hendak buang tidak terbuang
Sudah mesra di dalam tubuh

Tumbuk padi jadikan emping
Buat juadah teman sebaya
Pipit hendak bertenggek ke ranting
Sudikah enggang bertenggek sama?

Kain cindai dilipat-lipat
Lipat mari tepi perigi
Kalau pandai Tuan memikat
Burung terbang menyerah diri

Kiri jalan kanan pun jalan
Sama tengah pokok mengkudu
Kirim jangan pesan pun jangan
Sama-sama menanggung rindu

Pucuk pauh batangnya pauh
Di tengah-tengah pokok mengkudu
Adinda jauh kekanda pun jauh
Sama-sama menanggung rindu

Buah jambu disangka kandis
Kandis ada di dalam cawan
Gula madu disangka manis
Manis lagi senyuman Tuan

Sayang Musalmah pergi ke taman
Hendak memetik sekuntum bunga
Sudah ada dalam genggaman
Bilakah dapat hidup bersama?

Anak haruan berlima-lima
Mati ditimpa ponggor berdaun
Kasih cik adik saya terima
Menjadi hutang beribu tahun

Sayang Laksamana mati dibunuh
Mati dibunuh Datuk Menteri
Tuan umpama minyak yang penuh
Sedikit tidak tertumpah lagi

Sayang pelanduk di luar pagar
Mati ditembak patah kakinya
Tujuh tahun gunung terbakar
Baru sekarang nampak apinya

Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

Harum baunya si bunga Tanjung
Harumnya sampai puncak gunung
Tuan umpama sekaki payung
Hujan panas tempat berlindung

Tajam kapak dari beliung
Hendak menebang kayu berduri
Tuan laksana kemuncak payung
Saya di bawah menyerah diri

Hujan panas turun berderai
Guruh menyambar pohon jati
Kasih sayang tak boleh bercerai
Bagaikan rambut bersimpul mati

Hilir berderap mudik berderap
Patah galah di dalam perahu
Tuan laksana si bunga Dedap
Cantik merah tidak berbau

Orang berhuma di Pulau Balangan
Asap apinya tabun-menabun
Tuan laksana bunga kayangan
Kuntum Kasturi tangkainya embun

Kalau Tuan pergi ke Jambi
Ambil air Cik Tahir jurubatunya
Kalau Tuan hendakkan kami
Bakar air ambil abunya

Beli cempedak dari Juana
Mari dibelah di atas tudung
Jika berhajat menyunting bunga
Jumpa wali di atas gunung

Buah jering di atas para
Diambil budak bawa berlari
Kering laut tanah Melaka
Baru saya mungkirkan janji

Buih kuini jatuh tercampak
Jatuh menimpa bunga selasih
Biar bertahun dilambung ombak
Tidakku lupa pada yang kasih

Tebang gelam tebang kenanga
Batang tumbang menimpa gadung
Kumbang mengidam nak seri bunga
Bunga kembang di puncak gunung

Limau purut lebat di pangkal
Batang selasih condong uratnya
Hujan ribut dapat ditangkal
Hati kasih apa ubatnya?

Layang-layang terbang melayang
Jatuh ke laut disambar jerung
Siapa bilang saya tak sayang?
Kalau bunga rasa nak kendong

Layang layang terbang melayang
Jatuh di laut melayang layang
Siapa bilang saya tak sayang?
Siang malam terbayang bayang

Layang-layang disambar nuri
Madu kelapa dalam tempayan
Lagi tak hilang bukit Puteri
Tidak kulupa kasihmu Tuan

Langit cerah awan membiru
Dinihari embun pun jatuh
Sakit sungguh menanggung rindu
Di dalam air badan berpeluh

Indah nian bulan mengambang
Keliling pula bintang bercahaya
Wajah tuan bila ku pandang
Bagai melihat pintunya syurga

Ikan belanak di tengah muara
Daun suji di dalam puan
Tiada sanak tiada saudara
Kalau sudi terimalah Tuan

Dua tiga kucing berlari
Manakan sama si kucing belang
Dua tiga boleh kucari
Manakan sama abang seorang

Anak beruk di kayu rendang
Turun mandi di dalam paya
Huduh buruk di mata orang
Cantik manis di mata saya

Tinggi tinggi mata hari
Anak kerbau mati tertambat
Sudah lama saya mencari
Baru sekarang saya mendapat

Pucuk pauh delima batu
Anak sembilang ditapak tangan,
Biar jauh beribu batu
Jauh di mata di hati jangan,

Surat ku layang untuk berkata
Penyampai hasrat kata di hati
Kalaulah sungguh kasihkan saya
Jangan dibuang sampai ke mati

Kedondong batang sumpitan
Batang padi saya lurutkan
Tujuh gunung sembilan lautan
Kalau tak mati saya turutkan

Burung terbang menarik rotan
Lalu hinggap di kayu Jati
Tujuh gunung tujuh lautan
Belum dapat belum berhenti

Ke Teluk sudah ke Siam sudah
Ke Mekah saja aku yang belum
Kupeluk sudah kucium sudah
Bernikah saja aku yang belum

Di Tanjung Katung airnya biru
Disitulah tempat mencuci mata
Duduk sekampung lagikan rindu
Inikan pula jauh dimata

Laju-laju perahu laju
Lajunya sampai ke Surabaya
Lupa kain lupakan baju
Tetapi jangan lupakan saya

Kalau menyanyi perlahan-lahan
Dibawa angin terdengar jauh
Kalau hati tidak tertahan
Di dalam air badan berpeluh

Bunga Cina jambangan Cina
Bungkus inai dalam kertas
Sungguh saya bena tak bena
Di dalam hati haram tak lepas

Bunga rampai di dalam puan
Buluh perindu di atas gunung
Adakah sampai kepadamu tuan?
Rindu kekanda tidak tertangung

Ayam disabung jantan dipaut
Jika ditambat kalah laganya
Asam di darat ikan di laut
Dalam belanga bertemu jua

Angin Barat dari gunung
Berhembus lembut terlalu nyaman
Baru kelibat adik menyongsong
Kembali segar semangat di badan

Orang mengail ikan cencaru
Dapat ikan bawa ke jeti
Kalau tuan kata begitu
Barulah senang di dalam hati

Ribu-ribu pokok mengkudu
Cincin permata jatuh ke ruang
Kalau rindu sebut namaku
Airmata jangan dibuang

Dari mana punai melayang
Dari sawah turun ke padi
Dari mana datangnya sayang?
Dari mata turun ke hati

Berkurun lama pergi menjauh
Wajah kulihat di dalam mimpi
Kalau dah kasih sesama sungguh
Kering lautan tetap ku nanti.

Anak buaya anak memerang
Anak biawak luka kepala
Badan merantau sakit dan senang
Pada adinda sedikit tak lupa

Kukutip bunga buat karangan
Karangan diletak di atas peti
Ingin ku sunting bunga di jambangan
Buat penyeri di taman hati

Sekapur sirih seulas pinang
Ada berkunjung budaya Melayu
Terjunjung kasih tersimpul sayang
Terikat terkurung kasih nan satu

Burung merpati terbang melayang
Singgah sebentar dipohon meranti
Rindu hatiku bukan kepalang
Wajahmu tuan termimpi-mimpi

Malam ini malam Jumaat
Pasang dian kepala titi
Tepuk bantal panggil semangat
Semangat datang di dalam mimpi

Hilang sepi diraut wajah
Usah terlerai nilainya budi
Setia janji takkan berubah
Kasih tersemai tetap abadi

Kalau tidak kelapa puan
Tidak puan kelapa bali
Kalau tidak pada tuan
Tidak tuan siapa lagi?

Pohon sena cabangnya empat
Mari tebang waktu pagi
Kalau kena dengan makrifat
Burung terbang menyerah diri

Gunung tinggi dilitupi awan
Berteduh langit malam dan siang
Bila adik mengirimkan pesan
Hancur seluruh sendi abang

Air pasang limpah ke pasar
Tanam pinang kelapa mati
Di manalah tuan belajar
Pandai mencari isyarat hati?

Tajam tubuh si buah gading
Hendaklah ikat bersama tali
Hancur luluh tulang dan daging
Namun kulupa tidak sekali

Hujan turun badan pun basah
Patah galah haluan perahu
Niat dihati tak mahu berpisah
Kehendak Allah siapa yang tahu?

Fikir memikir sama lawak
Jangan dibawa ke Tanjung Jati
Sindir menyindir sesama awak
Jangan dibawa masuk ke hati

Anna Abadi mengambil cawan
Untuk diisi air kelapa
Amat tulus kasihmu Tuan
Sampai ke mati adinda tak lupa

Tuesday, July 13, 2010

Personaliti Dan Binatang Dedah Rahsia Diri




Kamu mahu tahu personaliti kamu dan juga teman-teman? Apa kata kamu semak tarikh lahir dan haiwan yang menjadi penaung kamu.

Januari 01-09 ~ Anjing
Januari 10-24 ~ Tikus
Januari 25-31 ~ Singa

Februari 01-05 ~ Kucing
Februari 06-14 ~ Merpati
Februari 15-21 ~ Kura-kura
Februari 22-28 ~ Harimau Bintang

Mac 01-12 ~ Monyet
Mac 13-15 ~ Singa
Mac 16-23 ~ Tikus
Mac 24-31 ~ Kucing

April 01-03 ~ Anjing
April 04-14 ~ Harimau Bintang
April 15-26 ~ Tikus
April 27-30 ~ Kura-kura

Mei 01-13 ~ Monyet
Mei 14-21 ~ Merpati
Mei 22-31 ~ Singa

Jun 01-03 ~ Tikus
Jun 04-14 ~ Kura-kura
Jun 15-20 ~ Anjing
Jun 21-24 ~ Monyet
Jun 25-30 ~ Kucing

Jul 01-09 ~ Tikus
Julai 10-15 ~ Anjing
Julai 16-26 ~ Merpati
Julai 27-31 ~ Kucing

Ogas 01-15 ~ Monyet
Ogos 16-25 ~ Tikus
Ogos 26-31 ~ Kura-kura

September 01-14 ~ Merpati
September 15-27 ~ Kucing
September 28-30 ~ Anjing

Oktober 01-15 ~ Monyet
Oktober 16-27 ~ Kura-kura
Oktober 28-31 ~ Harimau Bintang

November 01-16 ~ Singa
November 17-30 ~ Kucing

Disember 01-16 ~ Anjing
Disember 17-25 ~ Monyet
Disember 26-31 ~ Merpati

Anjing:
Kamu memang seorang yang setia dan manis orangnya. Kesetian kamu memang tidak boleh disangkal lagi. kejujuran dan keikhlasan adalah kekuatan kamu, malahan di dalam kerjaya kamu memang boleh dipercayai. Kamu adalah orang yang sederhana dan sering bersikap rendah diri.Kamu bukan orang yang akan mencari masalah dan sukakan suasana yang damai.Kualiti itulah yang menjadikan teman-teman suka berada di sisi kamu. Cita rasa kamu di dalam fesyen juga diakui baik dan kamu akan mudah terasa malu dan sedih sekiranya alamari pakaianmu tidak lengkap dengan pakaian yang mengikut peredaran fesyen. Biarpun kamu tidak mempunyai teman yang ramai tetapi teman-teman yang bersama dengan kamu memang mempunyai kualiti yang baik.

Tikus:
Kamu ini memang penuh dengan muslihat! Namun, sikap itulah yang menjadikan kamu nampak bijak dan menjadikan wajah kamu comel dan mudah menarik perhatian orang disekelilingmu. Ramai yang suka berkawan dengan kamu kerana sikap kamu yang memang mengundang keseronokan kepada orang lain. Memang kamu sering dijemput untuk memeriahkan majlis dan ramai yang menyukai kehadiran kamu, tetapi kamu begitu sensitif orangnya dan itu menjadikan orang sekelilingmu berhati-hati untuk berbicara dengan kamu. sekiranya ada yang berani menggunakan perkataan kasar, memang mereka akan mengundang kemarahan kamu di tahap maksimum! Kamu perlu bijak mengawal emosi kamu kerana teman-teman juga manusia yang tidak lepas dari melakukan kesilapan.

Singa:
Begitu kontra dengan spesies kamu, rupanya kamu ini memang pendamai orangnya. Kamu tidak suka terlibat dengan pertengkaran atau pergaduhan. Kamu begitu sukakan aktiviti luar rumah dan tidak gemar melepak tidak tentu arah tujuan. Memang dilahirkan untuk menjadi ketua dan memberikan arahan kepada orang lain dengan cara yang paling disenangi. Kamu memang suka menyayangi dan disayangi orang lain. Namun, kamu memang mudah dipermainkan oleh orang lain, jadi berhati-hati.

Kucing:
Kamu memang penyayang, disayangi namun kadang-kala begitu pemalu. Kamu sukakan keadaan yang senyap dan damai. Di dalam kehidupan, kamu suka mempelajari tentang perkara baru dan sentiasa melakukan setiap sesuatu dengan bersungguh-sungguh. Di dalam situasi normal, kamu memang nampak tenang tetapi apabila kamu dicabar, serta merta kamu mudah mengamuk! Mereka yang bernaung dibawah kucing memang bijak bergaya. Orang sekelilingmu sering menjadikan kamu sebagai idola di dalam berpakaian. Kamu bijak bersosial tetapi hanya bercakap dengan orang kamu kenali. Kamu memang begitu berhati-hati memilih teman.

Kura-kura:
Kamu semakin hampir dengan kesempurnaan dan begitu baik hati. Kebaikan kamu akan sentiasa dikenang orang sekeliling kamu. Kamu sukakan kedamaian, sekiranya teman-teman ada menyakiti hati kamu, kamu tidak akan cuba menyakitkan hati mereka pula. Kerana ini, kamu memang disayangi dan disenangi teman-teman. Kamu juga tidak suka cakap belakang dan orang sekelilingmu begitu senang dengan cara kamu melayan mereka. Kamu sentiasa akan memberi kasih sayang dan tidak pernah mengharapkan balasan. Pemurah juga adalah sikap kamu dan kamu sentiasa melihat kehidupan sebagai latihan praktikal.

Merpati:
Kamu adalah simbol sikap yang sentiasa riang. Apa saja yang kamu lakukan, kamu akan enjoy setiap detiknya. Kahadiran kamu menjadikan teman-teman serta orang sekeliling begitu riang dan senang dengan sikap kamu. Kamu adalah ketua di dalam kumpulan teman-teman dan bijak memujuk dan menghiburkan hati orang yang sedang gundah-gulana. Hipokrasi adalah sifat yang paling kamu benci dan orang yang sebegini memang kamu tolak tepi. Di dalam pekerjaan, kamu memang teratur dan sistematik. Namun, awas! Kamu mudah jatuh cinta!

Harimau Bintang:
Kamu seorang yang misteri. Kamu boleh berhadapan dengan tekanan dengan tenangnya. Kamu juga boleh menghadapi setiap senario yang menguji kesabaran tanpa perlu mengamuk untuk melepaskan geram. Kadang-kala, kamu ini kejam orangnya. Hmmm...kamu suka bergosip tetapi hanya bersama dengan teman-teman yang kamu percayai sahaja. Mereka yang bernaung di bawah harimau bintang adalah begitu teratur dan kemas orangnya. Tetapi, apa yang tidak tahan dengan sikap kamu yang mahu setiap sesuatu mengikut cara kamu. Sikap itulah yang menjadikan kamu senang hilang kawan. Namun, apabila teman-teman menghadapi masalah, kamu adalah orang pertama yang mereka cari.

Monyet:
Tidak sabar dan begitu hiperaktif! Kamu mahu segala-galanya dilakukan dengan pantas. Namun, kamu memang sederhana orangnya dan begitu suka apabila ramai yang memberikan perhatian kepada kamu. Kamu bijak berhadapan dengan masalah dan tidak mahu terlibat dengan sebarang kontroversi. Setiap langkah dan keputusan, kamu akan berfikir sebelum melakukannya. Kamu mempunyai kata hati yang kuat dan itulah yang menjadi penyelemat kepada kamu. Jangan tidak tahu, mereka yang bernaung di bawah monyet memang begitu bijak mencari wang dan begitu pandai mengatur kewangannya. Kamu memang akan berjaya di dalam perniagaan.

Sumber Makanan Untuk Segera Hamil




Daging Telur Dan Tauhu
Zat protein yang terdapat dalam sumber makanan ini berfungsi sebagai zat
pembangun atau pembentuk sel baru. Bagi memastikan keperluan protein ini, seseorang wanita dewasa memerlukan lebih kurang 48 gram per hari manakala lelaki dewasa perlu mengambil 55 gram per hari zat ini. Bagi bakal bapa, kekurangan protein boleh menggangu proses pembentukkan sperma.

Tauge Dan Kekacang
Sumber makanan ini mengandungi vitamin E yang tinggi. Ia berfungsi
meningkat kemampuan sperma membuahi sel telur dan berperanan dalam pembentukkan hormon testeron. Bagi wanita, zat ini juga mampu mencegah risiko keguguran kerana peranannya dalam menjaga kesihatan rahim dan plasenta.

Ikan Salmon, Susu, Keju Dan Mentega
Semua ini adalah sumber vitamin D. Fungsinya selain banyak terlibat dalam proses pembentukkan tulang, vitamin D juga banyak berperanan dalam proses metabolisme di otak,jantung, kelenjar kelamin, kelenjar prostat dan payudara. Bagi lelaki vitamin D mampu meningkatkan gerakkan sperma (sperma berenang lebih cepat) dan meningkatkan penghasilan sperma. Bagaimanapun anda hanya disarankan mengambil zat ini tidak lebih dari 4000 IU per hari. Pengambilan vitamin ini secara berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, nafsu makan hilang, gatal, kerap kencing, sakit perut, dehidrasi dan mampu menyebabkan kerosakkan pada ginjal.

Kerang Dan Daging
Dua sumber makanan ini mempunyai kandungan zink yang diperlukan oleh tubuh terutama untuk menghasilkan keturunan. Bagi bakal ibu, zink perlu untuk membantu penghasilan gebetik yakni kromosom yang ada dalam sel telur ketika pembuahan terjadi. Manakala bagi bapa pula, zat zink diperlukan untuk proses pembentukkan sperma yang sihat.

Hati, Kuning Telur, Sayuran Hijau Dan Kacang Merah
Di dalamnya terkandung zat besi yang berfungsi menjaga pusingan ovulasi yang dapat diketahui melalui pusingan haid yang teratur. Sekiranya haid tidak teratur maka permatangan sel telur menjadi kurang baik dan perkara ini mampu memberi kesan kepada proses pembuahan.

Ayam, Ikan Dan Beras Merah
Tiga makanan ini mengandungi sumber vitamin B6 yang banyak terlibat dalam proses sistem reproduksi wanita. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan hormon tidak seimbang walhal keseimbangan hormon estrogen dan progesteron sangat penting untuk proses kehamilan.

Makanan Laut, Ikan Tuna Dan Bawang Putih
Ia mengandungi selenium yang berperanan penting dalam penghasilan sperma yang sihat. Setengah dari kadar selenium dalam tubuh lelaki ditemui dalam cairan sperma.

Brokoli, Bayam, Tomato, Mangga Dan Lobak Merah
Ia mengandungi vitamin A yang penting dalam pembentukkan sel telur. Kurangnya kadar vitamin ini akan mengakibatkan penurunan tahap hormon LH (Lutenizing Hormone) dan FSH (Follicle Stimulating Hormone) yang diperlukan untuk pembentukkan sel telur. Bagaimanapun anda disarankan mengambil vitamin A ini tidak lebih dari 25,000 IU per hari. Pengambilan vitamin A secara berlebihan akan membuatkan anda mual, kerana zat ini akan berkumpul di hati.

Buah Limau, Jambu, Betik, Epal, Tomato Dan Kiwi
Semua buah yang senang diperoleh ini mempunyai khasiat vitamin C yang tinggi. Ia membantu memperkuatkan sel sperma, menjaga kesihatan fungsi indung telur dan pembentukkan sel telur. Selain itu vitamin C juga bekerjasama dengan vitamin E dab beta karoten dalam melindungi sel-sel organ tubuh dari radikal bebas yang mampu mempengaruhi kesihatan sistem reproduksi wanita.

Sumber dari Mingguan Wanita Bil : 1266 (22 ~ 28 Februari 2008)

Monday, July 12, 2010

Menghadapi Tekanan Di Tempat Kerja



Kenali Gejalanya

  • Cepat marah
  • Mudah menangis
  • Sentiasa letih
  • Hilang rasa lucu
  • Kemarahan yang ditahan2
  • Pening kepala
  • Loya
  • Kekejangan otot
  • Selalu pedih ulu hati
  • Sukar menumpukan perhatian
  • Insomnia

Punca

  • Kesusahan dengan klien
  • Terpaksa bekerja hingga lewat
  • Kerap diganggu org lain
  • Terlalu banyak kerja pd suatu masa
  • Gangguan telefon
  • Terlalu banyak mesyuarat
  • Kesusahan dengan rakan sekerja
  • Pasangan tidak memberi sokongan terhadap kerja
  • Membuat kesilapan
  • Tidak boleh menolak tugasan
Langkah Mengatasi
  1. Mengurus masa-buang pemikiran buat esoklah saja.
  2. Menyelesaikan tugasan sendiri sebelum membantu menyelesaikan tugasan org lain.
  3. Mempunyai diari utk mencatat temujanji dan dokumen2 yg perlu dihantar
  4. Belajar mengaku anda tidak tahu dan saya tidak faham.
  5. Menerima perubahan dalam organisasi atau bidang pekerjaan
  6. Bertanggungjawab terhadap kerja
  7. Berehat- berbual 5 minit, berjalan-jalan ke tempat rakan

Kesilapan Biasa Yang Menyebabkan Punca Tekanan

  1. Anda fikir anda boleh melakukannya tanpa bantuan orang lain
  2. Anda tidak pernah menolak
  3. Anda tunduk kepada budaya lebih masa di tempat kerja
  4. Anda melepaskan geram dengan orang lain





 

SeiNdaH MimPi Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino