Saturday, June 27, 2009

Beza Suka dan Cinta



1- Di hadapan orang yang kita cinta, hati kita akanberdegup kencang. Tapi di hadapan orang yang kita suka, hati kita akan gembira.

2- Di hadapan orang yang kita cinta, musim sentiasa berbunga-bunga. Di depan orang yang kita suka, musim itu cuma berangin sahaja.

3- Jikalau kita lihat di dalam mata orang yang kita cinta, kita akan kaku. Tapi jika kita melihat ke dalam mata orang yang kita suka, kita akan tersenyum.

4- Di depan orang yang kita cinta, kita menjadi malu. Di depan orang yg kita suka, kita akan tunjukkan imej yang sebenar.

5- Di depan orang yang kita cinta, lidah kelu untuk berkata-kata. Di depan orang yang kita suka, kita
akan bebas berkata apa saja.

6- Kita tidak akan merenung mata orang yang kita cinta. Tapi kita akan selalu merenung mata orang
yang kita suka.

7- Bila orang yang kita cinta menangis, kita akn turut jua menangis. Bila orang yang kita suka
menangis, kita akan cuba untuk membuat dia gembira.

8- Perasaan cinta bermula dari kata. Perasaan suka bermula dari telinga. Jadi, jikalau kita berhenti menyukai seseorang yang kita suka umpama kita membuang telinga kita. Tapi jika cuba menutup mata cinta berbuah menjadi airmata. Setiap orang yang hidup akan mengalami ini dalam hidup mereka.

Wednesday, June 24, 2009

Fakta Menarik......


1.Bunyi yang dikeluarkan apabila anda mematahkan-matahkan sendi tangan,jari atau kaki adalah disebabkan oleh letupan buih di dalam sendi itu.

2.Planet Pluto mengambil masa 248 tahun utk mengelilingi matahari. Setiap 20 tahun dia mengubah orbitnya bagi mengelak dari berlanggar denga planet Neptune.

3. Di Albania, menggelengkan kepala bermaksud 'ya' dan menggangguk bermaksud tidak,

4.Kebanyakkan debu yang berterbangan di dalam rumah datangnya dari sel-sel kulit
kita yang mati.

5.Perut akan menghasilkan satu lapisan mucus yang baru setiap 2 minggu untuk melancarkan proses penghadaman.

6.Kandungan emas di laut adalah 200 kali ganda lebih banyak berbanding di daratan

7.Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan
raya sepanjang 96,000 Km

8.Jika usus kecil manusia dibelah dan dicantum-cantumkan,ia boleh memenuhi kawasan
seluas 9.2 meter persegi.

9.Manusia bernafas kira-kira 23,000 kali dalam tempoh 24 jam.

10.Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.

11.Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan

12.Matahari memiliki tenaga yang cukup utk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada
5 juta tahun lagi.

13.Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan
setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.

14.Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih
cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti
10,000 jenis bau yang berbeza-beza.

15. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia.

16.Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan
ultraungu

17.Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah

18.Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.

19.Apabila seseorang bercakap, secara purata 300 titisan air liur
akan keluar dalam tempoh seminit iaitu kira-kira 2.5 titisan bagi satu perkataan.

20.Dalam secawan kopi terdapat lebih daripada 1,000 jenis bahan kimia.

21.Orang yang menggunakan tangan kanan hidup sembilan tahun lebih lama daripada mereka yang kidal.

22.Secara purata seseorang menghabiskan masa selama 2 tahun bergayut di telefon sepanjang hayatnya.

23.Secara purata, seseorang minum 8,000 gelen air sepanjang hidupnya.

Tuesday, June 23, 2009

Keperibadian Wanita daripada Cara Berjalan



Bagaimana menilai perempuan daripada cara Berjalannya? Kerana dengan sepintas memerhatikan cara berjalan para perempuan itu, kita mendapat gambaran sifatnya. Boleh percaya atau tidak, bergantung bagaimana kamu melihat dan melakukan pendekatan kepada perempuan itu.

Setiap gerakan wanita ketika berjalan melambangkan keperibadiannya.

1. Bila berjalan dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah (berjengket). Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur bila berbohong mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal wangnya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan lelaki.

2. Bila berjalan sering menoleh ke kanan dan kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahasia. Walaupun banyak yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri dan merugikan temannya namun banyak lelaki yang berusaha untuk menaklukkan hatinya. Konon wanita seperti ini senang dibentuk.

3. Bila berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbicara dengan orang-orang yang dekat dengannya dan dpt dipercaya untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun jika ada lelaki yang berhasil menawan hatinya, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab wanita jenis ini sangat setia dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Bila berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatakannya jika anda tidak mahu mendengar dia bicara panjang lebar. Meski pendiriannya teguh tapi selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mau bicara dengan orang yang berpengetahuan luas.

5. Bila berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mau urusan pribadinya dicampuri orang lain. Gaya bicaranya serius menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini ia bertanggungjawab terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang tegas tanpa meninggalkan sifat-sifat romantisnya.

Monday, June 8, 2009

Terasa Hiba


Cerita sebenar seorg teman...

Hari ini tergerak hati aku untuk menulis sesuatu di ruangan ini. Apa yg ingin aku kongsikan ialah berkaitan sebuah sajak yg sgt menyentuh hati nurani aku tatkala membacanya. Seorang teman baik aku telah menghantar emel yg mengandungi sebuah sajak yg bertajuk Teman kira2 7 bulan yg lalu... Dan pada rangkap terakhir sajak tersebut, hati aku berdegup dgn laju dan tidak semena2 air mata jatuh tanpa dipinta... Dan diketika itu, aku sedari bahawa dia ialah teman terbaik yg berada disisi aku selama hampir 17 tahun....persahabatan yg bermula semasa berusia 13 tahun telah menjadikan aku dan seperti saudara kandung.

Teman...
bila rasa ingin menangis..
hubungilah aku..
bukan aku mahu menyuruh kau berhenti menangis...
tapi mungkin aku boleh menangis denganmu..

Teman...
jika terasa tiba2 mahu melarikan diri...
jauh dari masalah...
hubungilah aku...
aku takkan menyuruh kau berhenti..
tapi.. mungkin aku akan berlari bersama kau agar masalah kau boleh selesai...

Teman..
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia..
beritahulah aku..
aku takkan buat kau benci kepada ibu bapa kau..
tapi..terimalah segala ketentuan Allah...

Teman..
jika kau kecewa dengan hubungan cintamu satu hari nanti...
ceritalah pada aku..
aku takkan sebut nama perempuan/lelaki itu...tetapi..cubalah jadi lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah...

Tetapi Teman..
jika suatu hari aku berdiam diri..
aku tidak membalas pesananmu…
aku tidak angkat panggilan daripadamu...
hubungilah aku segera...
sebab waktu itu mungkin aku perlukan kau...
atau aku sudah tiada lagi di dunia ini…
Dan pada waktu itu…
Doakanlah kesejahteraanku di alam sana.

Aku menghubungi temanku utk bertanya kabar pada malam itu juga. Mendengar suara dan gelak tawanya membuatkan aku berasa amat rindu padanya. Dan di akhir perbualan kami, nasihatnya kepada aku ialah "Mengingati Mati Adalah Sunat"...

Selepas 3 bulan, aku menerima sebuah panggilan daripada ibunya...Kala itu, air mata laju menuruni pipi...Jantung bagai berhenti berdegup...Aku yg berada di tempat kerja pada masa itu kaku dan tidak mampu melakukan apa2... Dia telah dijemput ilahi pada usia muda.. Aku redha. Dia mati dicekik kerana menolak cinta sang pria yg menaruh penuh kasih terhadapnya.. Kisah cinta 3 segi itulah yg selalu menjadi perbualan kami di alam maya ini...Dan tidak aku sangka begitu pengakhiran hidupnya....Sesungguhnya itulah Qada dan Qadar Allah s.w t..

"Mengingati Mati Adalah Sunat"... dia malafazkan ungkapan ini adalah utk memberikan ingatan kepada aku...dan sebaliknya juga untuk memberikan ingatan kepada aku bahawa dia akan pergi....AL-Fatihah buat arwah Aini Mazihar Johary..
 

SeiNdaH MimPi Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino