Monday, June 8, 2009

Terasa Hiba


Cerita sebenar seorg teman...

Hari ini tergerak hati aku untuk menulis sesuatu di ruangan ini. Apa yg ingin aku kongsikan ialah berkaitan sebuah sajak yg sgt menyentuh hati nurani aku tatkala membacanya. Seorang teman baik aku telah menghantar emel yg mengandungi sebuah sajak yg bertajuk Teman kira2 7 bulan yg lalu... Dan pada rangkap terakhir sajak tersebut, hati aku berdegup dgn laju dan tidak semena2 air mata jatuh tanpa dipinta... Dan diketika itu, aku sedari bahawa dia ialah teman terbaik yg berada disisi aku selama hampir 17 tahun....persahabatan yg bermula semasa berusia 13 tahun telah menjadikan aku dan seperti saudara kandung.

Teman...
bila rasa ingin menangis..
hubungilah aku..
bukan aku mahu menyuruh kau berhenti menangis...
tapi mungkin aku boleh menangis denganmu..

Teman...
jika terasa tiba2 mahu melarikan diri...
jauh dari masalah...
hubungilah aku...
aku takkan menyuruh kau berhenti..
tapi.. mungkin aku akan berlari bersama kau agar masalah kau boleh selesai...

Teman..
jika kau kecewa keluargamu tak bahagia..
beritahulah aku..
aku takkan buat kau benci kepada ibu bapa kau..
tapi..terimalah segala ketentuan Allah...

Teman..
jika kau kecewa dengan hubungan cintamu satu hari nanti...
ceritalah pada aku..
aku takkan sebut nama perempuan/lelaki itu...tetapi..cubalah jadi lelaki/wanita yang lebih soleh/solehah...

Tetapi Teman..
jika suatu hari aku berdiam diri..
aku tidak membalas pesananmu…
aku tidak angkat panggilan daripadamu...
hubungilah aku segera...
sebab waktu itu mungkin aku perlukan kau...
atau aku sudah tiada lagi di dunia ini…
Dan pada waktu itu…
Doakanlah kesejahteraanku di alam sana.

Aku menghubungi temanku utk bertanya kabar pada malam itu juga. Mendengar suara dan gelak tawanya membuatkan aku berasa amat rindu padanya. Dan di akhir perbualan kami, nasihatnya kepada aku ialah "Mengingati Mati Adalah Sunat"...

Selepas 3 bulan, aku menerima sebuah panggilan daripada ibunya...Kala itu, air mata laju menuruni pipi...Jantung bagai berhenti berdegup...Aku yg berada di tempat kerja pada masa itu kaku dan tidak mampu melakukan apa2... Dia telah dijemput ilahi pada usia muda.. Aku redha. Dia mati dicekik kerana menolak cinta sang pria yg menaruh penuh kasih terhadapnya.. Kisah cinta 3 segi itulah yg selalu menjadi perbualan kami di alam maya ini...Dan tidak aku sangka begitu pengakhiran hidupnya....Sesungguhnya itulah Qada dan Qadar Allah s.w t..

"Mengingati Mati Adalah Sunat"... dia malafazkan ungkapan ini adalah utk memberikan ingatan kepada aku...dan sebaliknya juga untuk memberikan ingatan kepada aku bahawa dia akan pergi....AL-Fatihah buat arwah Aini Mazihar Johary..

1 comments:

'Izzati Md Tohid on July 18, 2010 at 8:19 AM said...

izin copy ya.... syukran jazilan 'ala kulli hal

 

SeiNdaH MimPi Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino