Showing posts with label panduan pemakanan. Show all posts
Showing posts with label panduan pemakanan. Show all posts

Tuesday, July 13, 2010

Sumber Makanan Untuk Segera Hamil




Daging Telur Dan Tauhu
Zat protein yang terdapat dalam sumber makanan ini berfungsi sebagai zat
pembangun atau pembentuk sel baru. Bagi memastikan keperluan protein ini, seseorang wanita dewasa memerlukan lebih kurang 48 gram per hari manakala lelaki dewasa perlu mengambil 55 gram per hari zat ini. Bagi bakal bapa, kekurangan protein boleh menggangu proses pembentukkan sperma.

Tauge Dan Kekacang
Sumber makanan ini mengandungi vitamin E yang tinggi. Ia berfungsi
meningkat kemampuan sperma membuahi sel telur dan berperanan dalam pembentukkan hormon testeron. Bagi wanita, zat ini juga mampu mencegah risiko keguguran kerana peranannya dalam menjaga kesihatan rahim dan plasenta.

Ikan Salmon, Susu, Keju Dan Mentega
Semua ini adalah sumber vitamin D. Fungsinya selain banyak terlibat dalam proses pembentukkan tulang, vitamin D juga banyak berperanan dalam proses metabolisme di otak,jantung, kelenjar kelamin, kelenjar prostat dan payudara. Bagi lelaki vitamin D mampu meningkatkan gerakkan sperma (sperma berenang lebih cepat) dan meningkatkan penghasilan sperma. Bagaimanapun anda hanya disarankan mengambil zat ini tidak lebih dari 4000 IU per hari. Pengambilan vitamin ini secara berlebihan akan mengakibatkan rasa mual, nafsu makan hilang, gatal, kerap kencing, sakit perut, dehidrasi dan mampu menyebabkan kerosakkan pada ginjal.

Kerang Dan Daging
Dua sumber makanan ini mempunyai kandungan zink yang diperlukan oleh tubuh terutama untuk menghasilkan keturunan. Bagi bakal ibu, zink perlu untuk membantu penghasilan gebetik yakni kromosom yang ada dalam sel telur ketika pembuahan terjadi. Manakala bagi bapa pula, zat zink diperlukan untuk proses pembentukkan sperma yang sihat.

Hati, Kuning Telur, Sayuran Hijau Dan Kacang Merah
Di dalamnya terkandung zat besi yang berfungsi menjaga pusingan ovulasi yang dapat diketahui melalui pusingan haid yang teratur. Sekiranya haid tidak teratur maka permatangan sel telur menjadi kurang baik dan perkara ini mampu memberi kesan kepada proses pembuahan.

Ayam, Ikan Dan Beras Merah
Tiga makanan ini mengandungi sumber vitamin B6 yang banyak terlibat dalam proses sistem reproduksi wanita. Kekurangan vitamin ini boleh menyebabkan hormon tidak seimbang walhal keseimbangan hormon estrogen dan progesteron sangat penting untuk proses kehamilan.

Makanan Laut, Ikan Tuna Dan Bawang Putih
Ia mengandungi selenium yang berperanan penting dalam penghasilan sperma yang sihat. Setengah dari kadar selenium dalam tubuh lelaki ditemui dalam cairan sperma.

Brokoli, Bayam, Tomato, Mangga Dan Lobak Merah
Ia mengandungi vitamin A yang penting dalam pembentukkan sel telur. Kurangnya kadar vitamin ini akan mengakibatkan penurunan tahap hormon LH (Lutenizing Hormone) dan FSH (Follicle Stimulating Hormone) yang diperlukan untuk pembentukkan sel telur. Bagaimanapun anda disarankan mengambil vitamin A ini tidak lebih dari 25,000 IU per hari. Pengambilan vitamin A secara berlebihan akan membuatkan anda mual, kerana zat ini akan berkumpul di hati.

Buah Limau, Jambu, Betik, Epal, Tomato Dan Kiwi
Semua buah yang senang diperoleh ini mempunyai khasiat vitamin C yang tinggi. Ia membantu memperkuatkan sel sperma, menjaga kesihatan fungsi indung telur dan pembentukkan sel telur. Selain itu vitamin C juga bekerjasama dengan vitamin E dab beta karoten dalam melindungi sel-sel organ tubuh dari radikal bebas yang mampu mempengaruhi kesihatan sistem reproduksi wanita.

Sumber dari Mingguan Wanita Bil : 1266 (22 ~ 28 Februari 2008)

Monday, May 25, 2009

10 LANGKAH PENJAGAAN DIET SEIMBANG UNTUK MENGURANGKAN STRES DAN KEHIDUPAN SIHAT.


1. Berhati-hati dengan tabiat diet atau pemakanan
• Makanan utama harus di ambil pada waktu pagi. Kita mesti memastikan yang kita mengambil 3 hidangan dalam sehari.

2. Kekalkan diet seimbang berdasarkan 6 kumpulan makanan.
• 6 kumpulan makanan tersebut ialah roti dan bijirin, buah-buahan dan sayuran, kurangkan pengambilan daging, barangan hasil tenusu, lemak dan gula-gula.

3. Kurangkan kafein
• Pengambilan kafein secara berterusan boleh menyebabkan stres. Oleh itu, kurangkan pengambilan kafein, banyakkan minum air mineral atau air yang telah dimasak.

4. Kurangkan pengambilan garam.
• Pengambilan garam berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi. Kita perlu mengurangkan sebarang makanan yang mengandungi sebarang makanan yang mengandungi garam yang banyak seperti makanan segera.

5. Kurangkan gula
• Gula yang terlalu banyak akan meningkatkan kadar gula dalam darah yang boleh menyebabkan kencing manis dan kegemukan.

6. Berhenti merokok
• Nikotin yang terdapat dalam tembakau meninggalkan kesan ketagihan. Bagi mengurangkan ketagihan, sokongan rakan diperlukan, di samping menjadikan aktiviti senaman sebagai amalan dan bertekad untuk berhenti merokok.

7. Berhenti dari pengambilan alkohol
• Kurangkan pengambilan alkohol dan minuman beralkohol secara beransur-ansur agar dapat mengekalkan kesimbangan badan dan menghindarkan stres.

8. Keperluan vitamin dan mineral dalam diet pemakanan seimbang.
• Pengambilan vitamin dan mineral seperti buah-buahan dan sayur-sayuran dapat meningkatkan ketahanan terhadap stres.

9. Penggunaan barang makanan semulajadi Yogurt
• Yogurt mengandungi ‘Lactobacillus acidhophitis’ yang tidak merbahaya dan dapat menghalang pembesaran bakteria ‘pathogens’ di samping menggalakkan sistem keimunan, menambahkan vitamin dan meningkatkan ketahanan terhadap stres.

10. Kekalkan berat badan melalui kawalan teratur
• Kekalkan berat badan yang seimbang dengan melakukan aktiviti senaman sebanyak 3 kali seminggu selama 20 minit.
 

SeiNdaH MimPi Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino